Tuesday, June 12, 2012

Kahwin


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan selamat sejahtera semua,


buat kesekian kalinya wa nak cakap sorry lah sebab wa dah lame tak update blog wa ni. sebab utama wa tak update ialah atas sebab malas. yeah, malas. 

k

cakap pasal kahwin, korang pernah teringin tak nak kahwin muda atau pun nikah gantung? 

rasanya tak perlu aku cerita panjang lebar sangat pasal ni, nanti aku cerita kang takut tak betul pulak kan. kalau korang berminat untuk mendalami lebih lanjut tentang topik ini, sila bace artikel di SINI (klik) 

tipulah kalau korang tak pernah berangan nak kahwin pada usia yang muda. yeah, secara tipikal memang akan ade orang kata kita ni gatal lah, tak sedar diri lah, muda sangat lah, etc. 


[sumber]



Perkahwinan adalah sesuatu perkara yang baik. dapat elakkan kan kita dari bergelumang dengan maksiat. Alangkah syoknya kalau dapat kahwin muda. Nak pegang tangan tak dosa, nak jalan berdua pergi mana-mana pun orang takkan bercakap. Akan tetapi, restu dari ibu bapa itu penting. Restu diorang itulah yang bakal mempengaruhi kebahagiaan rumah tangga kita. 

Tak percaya? nah, daripada artikel yang aku sediakan tadi, ustaz tu ada sebut pasal sebuah hadis Nabi yang bermaksud :


“Redho Allah itu atas redho kedua ibu bapa”.



Kalau mak bapak tak bagi tu ado sobab eh, mungkin mereka lihat kita belum bersedia lagi utk jaga anak orang. yolah, bukan senang nak jaga diri sendiri, apetah lagi nak jaga anak orang. Solat sendiri pun tak terjaga apetah lagi nak imamkan anak orang woi! tu belum beranak lagi, lagi lah macam-macam dugaan. haha 

mesti korang pelik kan kenapa aku bukak topik ni? xdelah. aku pernah gak usik-usik mak ayah aku pasal bende ni, tapi hampeh -.-

oh ya, cakap pasal kahwin. Haritu aku ada pegi kenduri kahwin kawan aku kat singapore. Alhamdulillah, mereka sudah sah diijabkabulkan. Jeles pulak aku tengok kawan aku kahwin awal-awal ni. 


tahniah diucapkan buat kawan aku merangkap bakal ex-roomate aku, megat.Die ade blog gak, kalau korang ada mase singgah ah SINI (klik). semoga bahagia hingga ke anak cucu wei. walau pun kau dah kahwin, jangan lupe kawan kau ni. lepas ni time tidoq aku xdak teman nak borak pasal perempuan, etc.


 :/

















p/s: cerita diatas adalah rekaan semata-mata. gambar tu prank untuk roomate aku haha.  Gat, rilek eh buddy? aku takde idea nak tulis ape tetibe tengok gambar kau je aku dapat idea hahaha :p


Saturday, January 28, 2012

k




lelaki :


Bob : salam. brader, kau free tak esok? aku nak ajak pegi jalan-jalan kat Ipoh, makan-makan, usya awek sikit haha. kalau bajet kau cukup boleh join sekaki, kitorang gerak 4 kereta. kau tumpang jelah kereta si  Arip tu, duet minyak tong tong empat orang satu kereta. lepas asar esok kitorang gerak. sebelum tu kumpul dulu kat kedai mamak kat paroi tu okeh? 


Meon : k


Bob dan Meon masih lagi member.






perempuan :


Leha : Salam. peah! saye baru je balik shopping kat Jusco Seremban 2. penat gilew jalan-jalan kat sane, rambang mate pulak dibuatnye. Guess what? saye beli selipar baru! warna pinkish purple-ish gituww. comel gileww awak! saye belikan awak satu jugak, nanti boleh la kite pakai selipar matching-matching bila keluar jalan-jalan kat taman nanti huk huk! tak sabar nak jumpe awak, jumpa awak kat kolej nanti yew~ :D


Peah : k


Leha dan Peah takkan bertegur selama satu bulan. atau lebih. 




tak faham? lantak kau